Wednesday, September 26, 2012

Dah besar anak mama

Posted by Pink Princes at 6:00 AM 0 comments
Lama tak update Blog... bukan malas or tak idea cume masa yang tidak mengizinkan saya untuk berkata-kata dalam Blog nie. Ha hari nie tiba-tiba datang balik aura untuk meng update...

latest news about me n pipi lembik ulang tahun anak saya yang ke-3 tahun...sebelum 24th August pipi lembik suke sangat nyanyi  lagu" hapi besday to you".. macam dia dah tahu-tahu jer besday dia tak lame lagi...siap paksa2 saya nyanyi sekali ngan dia tu.. sabaq jelah mama nie..

Kami tak ade plan pun dah sambut sebab masing-masing busy hal duniawi nie...last minute sambut jugak ala2 simple n sempoi jer... janji ade cake n lilin.. sebab saya piker hari jadi pipi lembik bukan selalu kite kena sambut kan 1 tahun sekali jer.. pe salah nyer kite buat sesuatu yang boleh mengembirakan anak kite...tang yang paling pipi lembik suke... time tiup lilin jer... pas2 dia mula kan aktiviti dia jalan2 cari kawan untuk main sekali dengan dia.. kt MD tu kan ramai jugak kanak2 yg blh di buat part time member... so ape lagi start dia main kejar2 dlm MD tu.. kami nak makan pun tak sempat nak hadam terus telan jer... takut dia main kejar jauh dari mata kami... la nie macam2 kan ceti pasal penculikan kanak2 kan risau la jugak kan... tu la satu2 jer anak saya dia la racun dia jugak penawar...

Lepas habis mkn bawa g jejalan kt tempat permain kt Jaya Jusco tu... tujuan nyer nak bagi dia letih so nanti balik terus tido...abis dia pusing2 saya kate jom balik, tgk CERIA.. semangat dia nak balik...

see semangat tak semangat pipi lembik lilin.. ngan penuh perasaan dan tenaga yang ade

nie besday sape nie... confius la
nasib baik la ade orang offer diri untuk tangkap gambar tu kami, klu memang susah nak dpt tangkap 1 family macam nie...
tak ade hadiah yang special mama nak bg kt anak mama sorang nie... mama cume berharap dan terus berdoa semoga anak mama manjadi anak yang soleha dan  berjaya dunia dan akhirat.. Luv u 4ever muah. 

Monday, March 12, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Posted by Pink Princes at 7:57 PM 0 comments

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sunday, January 8, 2012

Wajib buka Account SSPN untuk anak kita

Posted by Pink Princes at 7:07 PM 3 comments
Hari2 fikir nak buka account SSPN untuk pipi lembik tapi tak ade masa lak… asyik keje jer… awal tahun saya sibuk dengan stock take.. so banyak report2 yang nak kena buat.. tu la dulu tak belajar pandai2 tak tak nak sibuk bercinta last yang dikedong berciciran yang dikejar tak dapat.. kalau belajar pandai boleh buat bisness sendiri so tak terikat dengan dateline, bos, kena bangun awal sbb nak kejar train pastu macam biase time saya keluar memang time memuncak orang ramai keluar mencari nafkah untuk memenuhi  kehendak serta keinginan hidup yang tak pernah puas dalam segala aspek dari hujung rambut sampai la kehujung kaki mesti nak bersalin nyer… saya ini insan  yang lemah dan memang naluri hati seorang perempuan pantang tengok.. pantang tengok benda2 yang cantek……. So suka tak suka kena bersesak2 dalam train tu tak kira time balik or pergi.. kadang sampai naik kejang kaki dan secara tak langsung effect kat pinggang dan muka..
So berbalik pada niat saya nak buka account SSPN untuk pipi lembik, banyak faedah2 yang kita dan anak kita perolehi demi masa depan anak kita.. so bila anak tu dah besar tak payah la nak buat loan beribu2 pas nak bayar balik beratus2 ribu sampai tua la agak baru habis bayar.. kalau kahwen dengan anak orang kaya boleh minta dia tolong  bayar kan.. 
Antara faedah yang search dalam tenet, mula kita kena tahu ape itu SSPN dan benda yang kita perlu tahu mengenainya:

http://www.portal.mohe.gov.my/images/pobtrans.gif
01. Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecil lagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantu menjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

02. Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?
Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-
1. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;
2. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;
3. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
4. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
5. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan
6. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan. 

03. Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliau adalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?
Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN (sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaun SSPN.

04. Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimum deposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN, Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20. Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.

05. Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?
Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlah deposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.

06. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?
Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu:
1. Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.

2. Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.
07. Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikan nasional (SSPN)?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira had pendapatan.

08. Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerima manfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?
Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yang menyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.

09. Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian secara percuma.
Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiap masa.

10. Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian?
Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan pecahannya adalah seperti berikut:
1. Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.
2. Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja 
11. Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yang diberikan?
Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.

12. Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia dan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi oleh insurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranya sesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-mana waris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

13. Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?
Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 dan ke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak diterima masuk ke IPT.

14. Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?
Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpa mengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.

15. Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakah untuk tempoh bayaran balik?
Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.

16. Apakah syarat-syarat pengeluaran simpanan?
Pengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat dua kaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:
1. Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan
2. Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
  • jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;
  • jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
  • jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
  • jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
  • jika anak meninggal dunia; atau
  • jika pendeposit meninggal dunia.
Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus ke Pejabat PTPTN.

17. Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?
Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yang dijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yang ditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.
http://www.portal.mohe.gov.my/images/pobtrans.gif

Wednesday, September 26, 2012

Dah besar anak mama

0

3

. . Pink Princes Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal