Wednesday, September 26, 2012

Dah besar anak mama

Posted by Pink Princes at 6:00 AM 0 comments
Lama tak update Blog... bukan malas or tak idea cume masa yang tidak mengizinkan saya untuk berkata-kata dalam Blog nie. Ha hari nie tiba-tiba datang balik aura untuk meng update...

latest news about me n pipi lembik ulang tahun anak saya yang ke-3 tahun...sebelum 24th August pipi lembik suke sangat nyanyi  lagu" hapi besday to you".. macam dia dah tahu-tahu jer besday dia tak lame lagi...siap paksa2 saya nyanyi sekali ngan dia tu.. sabaq jelah mama nie..

Kami tak ade plan pun dah sambut sebab masing-masing busy hal duniawi nie...last minute sambut jugak ala2 simple n sempoi jer... janji ade cake n lilin.. sebab saya piker hari jadi pipi lembik bukan selalu kite kena sambut kan 1 tahun sekali jer.. pe salah nyer kite buat sesuatu yang boleh mengembirakan anak kite...tang yang paling pipi lembik suke... time tiup lilin jer... pas2 dia mula kan aktiviti dia jalan2 cari kawan untuk main sekali dengan dia.. kt MD tu kan ramai jugak kanak2 yg blh di buat part time member... so ape lagi start dia main kejar2 dlm MD tu.. kami nak makan pun tak sempat nak hadam terus telan jer... takut dia main kejar jauh dari mata kami... la nie macam2 kan ceti pasal penculikan kanak2 kan risau la jugak kan... tu la satu2 jer anak saya dia la racun dia jugak penawar...

Lepas habis mkn bawa g jejalan kt tempat permain kt Jaya Jusco tu... tujuan nyer nak bagi dia letih so nanti balik terus tido...abis dia pusing2 saya kate jom balik, tgk CERIA.. semangat dia nak balik...

see semangat tak semangat pipi lembik lilin.. ngan penuh perasaan dan tenaga yang ade

nie besday sape nie... confius la
nasib baik la ade orang offer diri untuk tangkap gambar tu kami, klu memang susah nak dpt tangkap 1 family macam nie...
tak ade hadiah yang special mama nak bg kt anak mama sorang nie... mama cume berharap dan terus berdoa semoga anak mama manjadi anak yang soleha dan  berjaya dunia dan akhirat.. Luv u 4ever muah. 

Monday, March 12, 2012

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Posted by Pink Princes at 7:57 PM 0 comments

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sunday, January 8, 2012

Wajib buka Account SSPN untuk anak kita

Posted by Pink Princes at 7:07 PM 2 comments
Hari2 fikir nak buka account SSPN untuk pipi lembik tapi tak ade masa lak… asyik keje jer… awal tahun saya sibuk dengan stock take.. so banyak report2 yang nak kena buat.. tu la dulu tak belajar pandai2 tak tak nak sibuk bercinta last yang dikedong berciciran yang dikejar tak dapat.. kalau belajar pandai boleh buat bisness sendiri so tak terikat dengan dateline, bos, kena bangun awal sbb nak kejar train pastu macam biase time saya keluar memang time memuncak orang ramai keluar mencari nafkah untuk memenuhi  kehendak serta keinginan hidup yang tak pernah puas dalam segala aspek dari hujung rambut sampai la kehujung kaki mesti nak bersalin nyer… saya ini insan  yang lemah dan memang naluri hati seorang perempuan pantang tengok.. pantang tengok benda2 yang cantek……. So suka tak suka kena bersesak2 dalam train tu tak kira time balik or pergi.. kadang sampai naik kejang kaki dan secara tak langsung effect kat pinggang dan muka..
So berbalik pada niat saya nak buka account SSPN untuk pipi lembik, banyak faedah2 yang kita dan anak kita perolehi demi masa depan anak kita.. so bila anak tu dah besar tak payah la nak buat loan beribu2 pas nak bayar balik beratus2 ribu sampai tua la agak baru habis bayar.. kalau kahwen dengan anak orang kaya boleh minta dia tolong  bayar kan.. 
Antara faedah yang search dalam tenet, mula kita kena tahu ape itu SSPN dan benda yang kita perlu tahu mengenainya:

http://www.portal.mohe.gov.my/images/pobtrans.gif
01. Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecil lagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantu menjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

02. Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?
Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-
1. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;
2. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;
3. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
4. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
5. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan
6. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan. 

03. Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliau adalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?
Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN (sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaun SSPN.

04. Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimum deposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN, Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20. Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.

05. Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?
Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlah deposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.

06. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?
Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu:
1. Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.

2. Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.
07. Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikan nasional (SSPN)?
Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira had pendapatan.

08. Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerima manfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?
Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yang menyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.

09. Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian secara percuma.
Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiap masa.

10. Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian?
Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan pecahannya adalah seperti berikut:
1. Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.
2. Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja 
11. Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yang diberikan?
Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.

12. Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia dan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi oleh insurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranya sesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-mana waris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

13. Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?
Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 dan ke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak diterima masuk ke IPT.

14. Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?
Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpa mengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.

15. Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakah untuk tempoh bayaran balik?
Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.

16. Apakah syarat-syarat pengeluaran simpanan?
Pengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat dua kaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:
1. Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan
2. Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
  • jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;
  • jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
  • jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
  • jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
  • jika anak meninggal dunia; atau
  • jika pendeposit meninggal dunia.
Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus ke Pejabat PTPTN.

17. Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?
Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yang dijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yang ditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.

Tuesday, December 20, 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Posted by Pink Princes at 9:23 PM 0 comments
Assalamualaikum Semua, 

Saya ada terima e-mail dari seorang sahabat yang attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud.  Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time.  Sahabat minta panjangkan e-mail ini, nak share laa info yang menarik untuk kawan2, kakak2, makcik2,adik2 amat berguna dalam Blog saya ini dan juga sebagai rujukan saya sebab melayu kan mudah lupa.  
 
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
 
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takda masa nak buat yang baik
  •   Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
  •  *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
  •   Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
  •   Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
  •   3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
  1.   Anak
  2.   Ibu
  3.   Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah je
 
  • Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu 
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
  • Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak    tolong pun dah memadai
  • *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik
  •   Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
  1.   "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
  2. *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
  3. Tapi kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan  
  •   Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, dan berdoalah kepada Allah
  1.  "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
  2.  "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.  
  •   *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
  •  Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.  Jadi doakan ibu kita telah tiada!
  •  *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
  1. Masa ni ustaz tu bagi contoh sedikit..sedeh jugak laa.. pi ke pusara mak, kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan"  atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.."  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
 
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakalah orang ini"  Jadi, jangan lupa bagi salam next time
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku".  Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
  • *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia tak sakit atau nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasannya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
 
  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
  1. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
  2. Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
  3. Symptom dah terkena saka
  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  • Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  • Susah nak dapat anak, senang gugur
  • Ada rasa kelibat orang lalu
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
  • Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari
 
Anak Lari Dari Rumah 
  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
  •   Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
 
Anak Degil
  • *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
  1. Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Usaha dan lakukan insyallah moga-moga usaha kita ini dimakbulkan oleh Allah swt.
 
So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikkan mana yang bolehkan. 
Wallahualam.

Sunday, December 18, 2011

Tips dan petua agar dipermurahkan rezeki

Posted by Pink Princes at 9:24 PM 0 comments

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.Mohonlah kepada Allah...

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Thursday, October 6, 2011

SUJUDLAH……

Posted by Pink Princes at 8:18 PM 0 comments
Saya pasti yang ramai mereka diluar tak tahu akan kepentingan Sujud nie... Allah tak kan menyuruh kita menlakukan sesuatu perbuatan  yang sia2 mesti ade hikmah yang tersurat yang kita sebagai khalifah kena peka dan menpunyai sifat ingin tahu kenapa dan mengapa...terutama tentang Agama Islam kite..

Enty nie saya dapat dari hamba Allah yang sentiasa share knowledge yang menberi kita infomation yang berguna pada hari nie, esok, lusa dan akan datang.

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

Wednesday, September 26, 2012

Dah besar anak mama

0

2

. . Pink Princes Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal