Thursday, October 6, 2011

SUJUDLAH……

Posted by Pink Princes at 8:18 PM 0 comments
Saya pasti yang ramai mereka diluar tak tahu akan kepentingan Sujud nie... Allah tak kan menyuruh kita menlakukan sesuatu perbuatan  yang sia2 mesti ade hikmah yang tersurat yang kita sebagai khalifah kena peka dan menpunyai sifat ingin tahu kenapa dan mengapa...terutama tentang Agama Islam kite..

Enty nie saya dapat dari hamba Allah yang sentiasa share knowledge yang menberi kita infomation yang berguna pada hari nie, esok, lusa dan akan datang.

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Posted by Pink Princes at 3:00 AM 0 comments

Saya rase Entry nie menarik untuk di kongsikan bersama2 :) 

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Monday, September 19, 2011

Raya merdeka 2011..

Posted by Pink Princes at 12:08 AM 0 comments

Hari raya ke-3 baru dpt b'gambar bersama.. bz la sgt konon2 nyer
 Raya tahun ade sedikit + banyak meriah cket dari tahun lepas, sebab ape saya cakap meriah sebab mak mertua dah boleh  jalan and masak rendang + kuah kacang  walaupun simple tapi sedap… and yang lagi meraih semua dapat beraya sekali… bermaaf-maafan ditengah hari raya…  bersama2 ngan carpet baru, langsir baru, bekas kuih baru, tahun jugak tertiba hormone kerajinan tu terlebey 2 nak buat kuih raya 4 jenis raya      jugak la dapat di bakar walaupun ade jugak terentung tu kan… yang kena pimpin oleh suami saya… yang sentiasa ringan tulang menbantu  sampai ke subuh  tu....ngantuk mate nie tapi tahan jer.. nak raya punyer pasal…

Tak jalan2 pergi ane2 pun dok umah jer tunggu orang mai raya… raya ketiga baru pergi kubur and pergi raya umah saudara… nak balik kampong (kampong ke padahal kt Shah Alam jer)  pun tak sape kt umah sebab mak n adik pergi sabah… adik laki  nak nikah time raye tu so buat sekali la…next month baru buat umah laki… tu yang untung kahwin dekat orang dekat2 nie… tak payah penat nak pack baju + nak drive berjam2+ duit tol beratus2 + nak isi minyak bergelen + penat and letih nyer lagi kan… cepat, mudah dan senang tu special nyer  kahwin dekat orang yang dekat2 nie.

muka suci siap2 nak pergi ke kubur

with my mother- law

Thursday, September 8, 2011

Terima kasih daun keladi….

Posted by Pink Princes at 2:54 AM 0 comments
Untung nyer Pipi lembik.. rezeki melimpah ruah since she born…Tahun nie hampir la tapi tak berape nak hampir la sgt… hampir sepuluh pasang baju raya… saya beli 1 pasang baju gaun and 2 pasang kasut jer… yang lain semua d’sponsor oleh mak su, pak su, mummy sarah, pak cik dia…  tapi yang paling banyak sponsor mummy sarah la… Saya and suami sebagai wakil pipi lembik nak ucapkan Terima Kasih sangat2 kepada semua kerana memeriahkan lagi raya tahun nie.. Semoga Allah sahaja yang dapat menbalas budi baik kalian semua..

Kasut Raya 4 pasang... 2 pasang Mummy Sarah yang belikan. 

Baju Kurung 2 pasang jer   

tapi baju jalan sampai 7 pasang tu.. semua d'sponsor.. hai muka mcm tak cukup jer

Jom kete tgk ape yang depa beli untuk pipi lembik…

Monday, September 5, 2011

Dah Besar anak Mama.

Posted by Pink Princes at 7:35 PM 0 comments

24.8.2011 genap la umur anak saya 2 tahun rase macam sekejap jer masa berlalu… kalau time tido tengok dia rase macam dah besar anak mama nie lagi beberapa tahun dah nak sekolah tadika…(teremo pulak)

Kebetulan bulan and minggu hari jadi pipi lembik jatuh sama dengan my mother-in-law… so kami sekeluarga celebrate sekali… so sama2 la potong cake ngan Tok dia…Semua orang ade time tu, tak masak ape2 pun kitaorang  beli makanan Fast food jer.. tu yang cepat dan senang tu di dapati di Malaysia nie…yang di sponsor oleh mummy sarah. 

Nie cake nampak macam sedap... bak mai sepotong tengok rase..

pipi lembik dah tak sabar2 dah nak potong tapi sebelum tu baca doa dulu...

Pipi lembik ngan Tok Kesayangan dia sama2 potong cake..
Abah and Pipi lembik.. tengok tu dah besarkan anak mama

Minggu sama gak pipi lembik celebrate kali ke-2 kat umah Mak Wan dia pulak kt Shah Alam… so saya prefer nak buat pulut kuning jer.. sebab mak wan dia tak makan cake kan.. tapi adik saya still nak beli cake sebagai tanda simbolik kate dia la… time tu semua kekenyangan sebab semua orang baru lepas buka pose... so yang teruja pipi lembik jelah.. tapi sebagai seorang mama yang penyayang still dok kt dia.. ialah nak pantau takut2 tak sempat nak potong cake tu dah hilang separuh...

Pipi lembik dah tak sabar nak hancur kan cake tu..
time tiup lilin
Saya bersyukur sangat2 kerana Allah mengurniakan anak yang semakin hari semakin comel dan bijak…

Wednesday, July 27, 2011

Durian Feast at Packet Hub

Posted by Pink Princes at 5:09 AM 0 comments
Semangat nak makan Durian free memang  berkobar2, one before hari nyer.. sempena menyambur bulan Ramadhan kami buat kelainan cket makan Durian.  kitaorang bertolak awal cket dari office harap maklum opis kami terletak hujung hutan cket,, so kena la kuar awal cket.. takut durian musang king tinggal kulit jer nanti.

Time makan memang tak ingat dunia..sampai hilang ingatan time tu sampai saya tak sempat nak kira berapa ulas durian saya telan..saya nie jenis boleh makan durian tapi tak suke makan banyak.. nie sebab hawa nafsu and tengok semangat orang makan durian.. tu yang tau2 jer dah pening2 lalat... Memang Durian feast kali ade kelainan cket sebab ade karaoke bagai... siap ade life band lagi.. ade ke orang nak nyanyi sambil makan durian... yang kami smbil makan dan sambil kuar perkakas nak tapau.. nak ambik banyak takut bau satu LRT lak.. tapau agak makan 3 orang jelah..(Durian 2 bekas , and maggis 1 kg jer). nie pun sakit kepala lagi angin kus2 dh naik kt kepala...
Siap ade peraduan meneka bilangan durian lagi.. sape menang dpt bawa balik 1 bakul durian nie..

durian2 yang kami borong tapau kasi abis
muka2 hapi before makan durian

Monday, July 18, 2011

Pasangan Mari Menari under Age..

Posted by Pink Princes at 1:18 AM 0 comments
Saya kalau kuar umah suke cari baju yang seakan-akan untuk kami 3 beranak... tapi yang lebih sama En. Hubby and Pipi lembik.. so tengah tunggu saya bersiap depa dok bergamba bagai... sebab tu la gamba saya tak ade... saya dah pantang nampak kamera mesti nak bergamba...

Pasangan ,mari Menari yang dah bersedia nak bagi ucapan

Pasangan anak beranak yang tidak berjaya... tapi tetap maintain yer

Thursday, October 6, 2011

SUJUDLAH……

0

. . Pink Princes Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal